Selalu ada untuk kamu

Sabtu, 29 Januari 2011





Kadang-kadang, kita selalu bingung untuk mencari jalan. Seolah-olah umpama mustahil untuk dilaksanakan. Begitu juga dengan saya. Tidak semua jalan hidup kita sama dan setiap orang mempunyai jalan hidup masing-masing. Unik kan..

Jangan mengalah sebelum berperang. Itu yang selalu saya pegang. Walau kita gagal macam mana pun, jangan mengalah. Ada masa lagi untuk anda berperang demi kemenangan hidup anda.
Saya juga pernah begitu, cerita liku-liku hidup yang duka, tapi tiada siapa yang tahu. Hanya Dia sahaja yang mengetahui.
Dengan dibebani beban yang beratus ribu, manakah mungkin kita mengorak langkah menyelesaikannya.

Alhamdulillah, dengan keizinanNya, semuanya kembali ke tempat asal.

Cara yang saya lakukan:
  1. Clearkan pemikiran saya sendiri sebab saya tahu, masa yang lalu tidak mencerminkan masa hadapan.
  2. Doa banyak-banyak dan bersungguh-sungguh kerana setiap yang berlaku atas keizinanNya dan Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
  3. Tekad dan berusah bersungguh-sungguh. Setiap ilham yang datang kepada saya akan digunakan sebaik mungkin kerana saya yakin, ilham yang baik itu datang daripada pertolangan Allah dan setiap yang jahat itu adalah datang dari musuhku-syaitan.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (QS. Al Baqarah:286)

0 komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...