Pernah dahulu ketika saya berjalan ditepi rumah di India, melihat sebuah keluarga tengah makan bersama, begitu enak menjamah makanan walaupun ia tidak seberapa sangat hidangannya, tetapi bila saya refleks semula kehidupan saya, tidak pernah saya merasai kesedapan yang mereka rasa sepanjang berada di perantauan.
Begitu seronok keluarga tersebut sehingga ia membuat diri saya betul-betul tersentak.
Walau elaun diberi agak mewah sedikit, tetapi saya melihat, ketenangan itu tiada, Hari-hari asyik terfikir kerana merisaukan "kegagalan dalam peperiksaan". Buntu fikiran melihat dunia yang luas kerana "takutkan kegagalan exam".
Tiba sahaja musim peperiksaan, semua student memikirkan soal keutamaan dalam hidup iaitu " lulus".
Saya melihat, hidup saya dan kawan-kawan lain gelisah kerana "peperiksaan". Hilang ketenangan yang sepatutnya menjadi "idola" setiap kehidupan.
Kita menelaah buku bagai seorang yang kehausan sedang mencari air di perigi. Begitu khusyuk mencari ilmu tetapi "ketenangan" itu tiada. Kita tenggelam dengan musibah yang maya.
berikan pahala diatas musibah mu dan gantikan yang baik kepadanya.
Kita membaca beratus-ratus kali setahun, tapi kita tidak pernah BENAR-BENAR mentawakalkan segala hidup kita kepada Allah. Kita TIDAK pernah untuk bergantung terus kepada Allah tetapi kita lebih cenderung untuk mengharapkan kepada orang lain (pensyarah dan kawan-kawan).
Dimana hilang tujuan kita didunia ini?
Alhamdulillah, kerisauan saya terhadap dunia sudah hilang. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita benar-benar serahkan kehidupan kita kepada Allah. Kerajaan Allah lebih hebat dari segalanya. Jangan kita penat berusaha lalu mengadaikan keserahan hidup kita kepada manusia lalu kita terus dan menerus menambah benih kerisauan tentang kehidupan "pelajar".
Serahkan kepada Allah setelah kita berusaha. Doa kepadaNya agar usaha kita ini benar-benar berbaloi dan mendapat keredhaannya.
Kehebatan doa dan tawakal itu sangat hebat untuk kita semua. Mungkin masa menjawab soalan peperiksaan itu, kita kurang yakin dengan kemampuan kita, tapi insyaAllah, jika kita betul-betul tawakal kepada Allah, nescaya Allah sentiasa bersamamu..
Ingatlah, dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita dikembalikan. Kepadanya sahaja tempat kita berserah, dan kepadanya sahaja tempat kita mendapat keredhaan hidup.
Walau duit sedikit, tetapi jika penuh dengan agama di hati, jiwa pasti merdeka.
0 komentar:
Posting Komentar