Mengejar Gunung Medic

Sabtu, 29 Januari 2011





"Faiz, bagaimana exam haritu. Ada baik?" Tanya Dr Praba kepada saya ketika menziarah di kliniknya.
"Doktor, exam sebelum nie, result saya kurang memuaskan. Puas sudah saya mencuba." Balas saya kepadanya sambil menundukkan wajah.

"Tidak mengapa Faiz, medic memang begitu. Tapi, saya yakin awak boleh punya.." Ujar Dr Praba sambil tersenyum kepada saya.

"Biochemistry susah juga Dr. Pening saya menghafal cycle.." Jawab saya.

"Oh, itu biochemistry banyak senang. Bagi Dr, ramai student kata susah sebab tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Student tahu tapi tidak pandai skill study.." Balas Dr Praba sambil bangun dari tempat duduknya menuju kesatu rak buku di hujung bahagian kliniknya.

"Tengok nie, Dr walau sudah graduate pun masih buat itu note pasal family medicine. Tapi, Dr ada 1 kisah mahu cerita pasal ini medic." balas beliau lagi.
"Ceritalah Dr.." balas saya kemudian sambil memasang telinga dengan sebaik mungkin.

"Begini, memang medic itu nampak susah, tapi sebenarnya tidak susah pun. Macam kita mahu capai puncak gunung everest. Kalau kita tengok dari bawah, nampak macam mustahil mahu panjat itu gunung. Betul tak? Tanya Dr Praba kepada saya. Saya terus mengangukkan kepala menandakan setuju.

"Tapi, kalau kita sedikit sedikit, jalan perlahan-lahan naik itu gunung, nanti lama-lama pasti kita akan sampai. Betul tak? Tanya Dr Praba kepada saya lagi.
Kali ini, kata-katanya benar-benar menembusi hati saya yang sedang kerisauan menanti hari exam final. Hanya isyarat senyuman saya yang mampu saya lontarkan lantaran mulut tiba-tiba menjadi kaku.

"Namun, dalam kita mahu mendaki itu gunung everest, walau nampak macam mustahil, terus terang Dr katakan, kita mesti set itu minda kita. Kita mesti cakap pada diri sendiri bahawa kita boleh. Yakin pada diri sendiri bahawa kita boleh. And then, baru kita boleh capai itu puncak." terang beliau lagi.

Terus terang, dalam suasana bilik klinik yang dingin sampai ditemani bapa saya, kata-kata Dr Praba benar-benar mengambarkan apa yang berlaku di dalam dunia medic. Walau berlainan bangsa, tetapi semangat saling tolong menolong itu masih mekar di Malaysia.

Saya terus membisu di situ. Masih terkenangkan "marahan" lecturer kepada saya. Mungkin Dr Praba lebih dekat dengan saya, lebih-lebih lagi beliau kawan baik ayah saya. Tiba-tiba, bahu saya disapa.

"Faiz, jangan risau pasal exam. Ia cuma sementara sahaja. Kamu mesti lihat masa hadapan. Banyak lagi masa untuk kamu study. Dr yakin, kamu mesti boleh punya. Dengan syarat, yakin pada diri sendiri kita boleh sampai itu puncak gunung everest."

"Baik Doktor, insyaAllah saya cuba." balas saya sambil terucap rasa syukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana membantu saya meneruskan pengajian di bidang perubatan ini.

Sejak daripada peristiwa tersebut, banyak benda yang saya pelajari. Walau memiliki blog motivasi sendiri, tapi kita pasti memerlukan insan lain untuk memotivasikan diri kita. Kita insan yang sangat banyak kelemahan diri dan memang terpatri bahawa manusia hidup saling bergantungan antara satu sama lain.

Tetapi, yang pasti, ungkapan "kita boleh" itu sebenarnya yang menentukan persedian mental kita. Jika kita sendiri sudah merasa kita tidak boleh, maka memang hasilnya "tidak boleh" juga. Saya teringat satu ungkapan ini, "Allah melihat apa yang kita usahakan, bukan hasilnya". Maksudnya, walau apa jua situasi sekalipun, kita mesti berusaha dahulu sebelum menyerah kalah. Tidak ada tawakal tanpa usaha. Betul tak?
Walau sukar bagaimana pun exam seperti medic, kita harus mengharunginya dulu dengan keyakinan yang menggunung umpama gunung everest.

Allamdulillah, berbekalkan semangat yang diinspirasi oleh Dr Praba, Allah memberikan saya rezeki yang saya idam-idamkan.

Manisnya kejayaan jika kita awalnya kita bersusah payah. Erti kesusahan mengajar kita erti usaha dan yakin pada diri sendiri. Teruskan usaha kerana Allah, insyaAllah, Allah membantu mu ketika senang mahupun susah.

0 komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...